142. Mereka yang bodoh daripaa manusia akan berkata; “apakah yang memalingkan
orang-orang (Islam) itu daripada kiblat yang telah mereka hadapi ?”, kata lah;
“kepunyaan Allah lah timur dan barat, ia memimpin siapa yang ia kehendaki
kejalan yang lurus”.
143. Dan bagitu juga kami
telah jadikan kamu satu umat yang terpilih supaya kamu jadi pembawa keterangan
kepada manusia sedang Rasul itu jadi pembawa keterangan kepada kamu, dan kami
tidak wajibkan kiblat yang engkau telah hadapi nya itu melainkan kerana kami
hendak membezakan orang yang menurut Rasul
daripada orang yang berpaling atas dua tumitnya, kerana sesungguhnya hal
itu, memang berat melainkan atas orang-orang yang diberi petunjuk kan oleh
Allah, dan Allah tidak akan sia-siakan iman kamu, kerana Allah itu penyayang,
pengasih kepada manusia.
144. Sesungguhnya kami
melihat muka mu berpaling-paling kelangit lalu manusia palingkan mu ke kiblat
yang engkau sukai. Lantaran itu,
palingkan lah muka mu kepihak masjid
yang mulia itu, dan dimana-mana sahaja kamu berada, hendaklah kamu palingkan
muka-muka kamu kepihaknya, dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberi kitab
itu, tahu bahawa yang demikian, sebenarnya dari Tuhan mereka, dan tidak
sekali-sekali Allah lalai dari apa yang mereka kerjakan.
145. Dan sesungguhnya jika engkau
unjukkan apa sahaja keterangn kepada orang-orang yang diberi kitab itu, mereka
tidak akan turut kiblat mu, dan engkau bukan (pula) penurut kiblat mereka, dan
sebahagian dari mereka bukan penurut kiblat sebahagian (yang lain), dan
sesungguh nya jika engkau turut kemahuan-kemahuan mereka, sudah datang ilmu kepadamu,
sesungguhnya (adalah) engkau diwaktu itu
dari golongan orang-orang yang menganyayai.
146. Orang-orang yang kami
telah beri kitab itu kenal kepadanya sebagaimana mereka kenal anak-anak mereka,
tetapi ada sebahagian daripada mereka sesungguhnya menyembunyikan kebenaran
pada hal mereka tahu.
147. Kebenaran itu dari
Tuhan mu, lantaran itu, jangan lah engkau jadi (seorang) daripada mereka yang
ragu-ragu.
148. Dan bagi tiap-tiap
orang ada satu jurusan yang ia menghadap
kepada nya. Oleh sebab itu, berlumba-lumba lah
kamu (mengerjakan) kebaikan-kebaikan, (kerana) dimana sahaja kamu ada,
Allah akan kumpulkan kamu sekelian, kerana sesungguhnya Allah itu amat berkuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
149. Dan dari mana sahaja engkau
keluar, maka hendaklah engkau hadapkan muka mu kepihak masjid yang mulia itu, kerana sesungguhnya (perintah
menghadap) itu sebenarnya dari Tuhan mu, dan Allah tidak sekali-sekali lalai
daripada apa yang kamu kerjakan.
150. Dan walau bagimana pun
engkau keluar, maka hendaklah engkau hadapkan muka mu kepihak masjid yang mulia
itu, dan walau dimana pun kamu ada, hendaklah kamu hadapkan muka-muka kamu
kepihaknya, supaya tidak jadi alasan bagi orang-orang itu buat mencela kamu,
kecuali orang-orang yang zalim dari mereka. Lantaran itu, janganlah kamu takut
kepada mereka, tetapi hendaklah kamu takut kepada ku, dan kerena aku hendak
sempurnakan nikmat ku atas kamu, dan supaya kamu terpimpin.
151. Sebagaimana kami utus kepada kamu seorang
Rasul dari antara kamu, yang membaca ayat-ayat kamu kepada kamu, dan membersihkan kamu, dan mengerjakan kamu kitab
itu dan kebijaksanaan, dan mengerjakan kamu apa yang belum pernah kamu ketahui.
152. Lantaran itu, ingatlah
kepada ku, nescaya aku ingat kepada kamu, dan hendaklah kamu syukur kepada ku,
dan janganlah kamu lupakan budi ku.
153. Hai orang-orang yang
beriman ! mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan sembahayang,
kerana sesungguhnya Allah itu berserta orang-orang yang sabar.
154. Dan janganlah kamu
katakan orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, (tidak!) bahkan
(mereka itu) hidup, tetapi kamu tidak sadar.
155. Dan sesungguhnya kami
akan beri kamu percubaan dengan sebahagian daripada ketakutan dan kelaparan dan
kekurangan harta dan jiwa dan buah-buahan, dan berilah khabaran yang menyenangkan
kepada mereka yang sabar.
156. Yang apabila mengenai
mereka satu kesusahan, mereka berkata; “ sesungguhnya kami (ini milik) bagi
Allah, dan sesungguhnya kepada nya lah kami akan kembali”.
157. Mereka itu (akan turun)
atas mereka kurnia-kurnia dari Tuhan mereka dan rahmat, dan merekalah
orang-orang yang dapat petunjuk.
158. Sesungguhnya (berjalan
antara) Sapa dan Maruah itu sebahagian daripada tanda-tanda (taat) kepada Allah oleh sebab itu, barang siapa (pergi)
kerjakan Haji ke Baitullah, atau Umrah,
maka tidak mengapa ia Tawap di dua (tempat) itu, dan barang siapa kerjakan
kebaikan (lebih), dengan suka sendiri,
maka sesungguhnya Allah itu pembalas terima kasih, pengetahui.
159. Sesungguh nya mereka
yang menyembunyikan keterangan-keerangan dan pertunjukan yang kami telah
turunkan, sesudah kami terangkan dia untuk manusia dikitab itu, (maka) mereka
itu akan dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh orang-orang yang melaknat.
160. Kecuali kepada mereka
yang bertaubat dan berbuat kebaikan dan terangkan (kebenaran), maka orang-orang
itu aku akan ampunkan mereka, kerana akulah pengampun, penyayang.
161. Sesungguhnya mereka
yang tidak beriman, lantas mati, pada hal mereka (tetap sebagai) orang-orang kafir, (maka adalah) atas mereka
laknat Allah dan melaikat dan manusia semuanya.
162. pada hal mereka akan
kekal didalam (nereka) itu, (dan) tidak akan diringankan azab dari mereka, dan
tidak akan dipedulikan mereka.
163. Dan Tuhan kamu itu,
Tuhan yang tunggal, tidak ada Tuhan (yang disembah) melainkan dia, pemurah,
penyayang.
164. Sesungguhnya ditentang
kejadian langit-langit dan bumi, dan (ditentang) perubahan malam dan siang, dan
(ditentang) kapal-kapal yang belayar
dilaut dengan (membawa) air yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu dengan
(air) itu ia hidupkan bumi sesudah matinya, serta ia tibarkan padanya tiap-tiap
(jenis) binatang, dan (ditentang) peredaran angin dan awan (mega) yang diperintah
diantara langit dan bumi (ditentang itu semua) adalah beberapa tanda bagi kaum
yang mahu mengerti.
165. Dan sebahagian manusia
ada yang menganggap lain daripada Allah sebgai sekutu yang mereka cintai nya
sebagaimana percintaan (mereka) kepada Allah, tetapi orang-orang beriman itu
terlebih cinta kepada Allah, pada hal (alangkah besar penyesalan) jika
orang-orang yang derhaka itu tahu – diwaktu mereka melihat azab -- bahawa se nya kekuatan itu semuanya bagi
Allah, dan bahawa se nya Allah itu sangat pedih seksaan nya.
166. (iaitu) tetakala
orang-orang yang diturut itu berlepas diri daripada mereka yang menurut, pada
hal mereka melihat azab, dan putus daripada mereka sekelian sebab.
167. Dan orang-orang yang
mengikut itu akan berkata; “alangkah baiknya jika kami dapat kembali satu kali
(kedunia), lalu kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas
diri daripada kami ! begitulah Allah unjuk kan amal-amal mereka jadi duka cita
atas mereka, dan tidak sekali-sekali mereka akan keluar daripada nereka.
168. Hai manusia ! makanlah
barang-barang yang baik dari apa yang dibumi, dan janganlah kamu turut langkah
syaitan, kerana sesungguhnya ia itu musuh yang terang bagi kamu.
169. Ia hanya menyuruh kamu
(berbuat) kejahatan dan kejelekan, dan
supaya kamu membikin palsu atas nama
Allah sesuatu yang kamu tidak tahu.
170. Dan apabila dikatakan
kepada mereka; “turutlah apa-apa yang diturunkan oleh Allah”, mereka menjawab;
“hanya kami hendak menurut (cara-cara) yang dilakukan oleh datuk-datuk kami”.
Apakah (mereka mahu menurut), walau pun
datuk-datuk nenek mereka tidak mengerti sesuatu dan tidak terpimpin dijalan
yang lurus.
171. Dan bandingan (penyeru)
orang-orang yang tidak (mahu) beriman itu seperti orang yang menyeru sesuatu
yang tidak mengerti melainkan (Rasul)
pangilan dan seruan, (mereka itu) tuli, bisu, buta. Oleh sebab itu, mereka tidak mengerti.
172. Hai orang-orang yang
beriman ! makan lah barang-barang yang baik yang kami telah kurniakan kepada
kamu, dan syukurlah kepada Allah, jika memang hanya akan dialah kamu menyembah.
173. Tidak ia haramkan atas
kamu melainkan bangkai dan darah dan daging babi dan serta yang disembeleh
kerana yang lain dari Allah, tetapi barang siapa terpaksa, pada hal tidak
sengaja mahu dan tidak melebihi batas, maka tidaklah ada dosa atasnya, kerana
sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
174. Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan (isi) kitab yang kami turunkan dan menjual dia
dengan harga yang sedikit, (maka) mereka itu tidak akan masuk kan keperut-perut
mereka melainkan api, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka dihari
kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka, dan (adalah) bagi mereka siksaan
yang pedih.
175. Mereka itu ialah
orang-orang yang menukar jalan yang lurus dengan kesesatan, dan (menukar)
keampunan dengan azab. Lantaran itu, alangkah sabar mereka atas (siksaan)
neraka !.
176. Yang demikian, ialah
lantaran Allah telah turunkan kitab itu dengan (membawa) kebenaran, tetapi
sesungguhnya orang-orang yang berselisehan dikitab itu, adalah dalam perpecahan
yang jauh.
177. Bukanlah kebajikan itu
(ditentang) kamu memalingkan muka-muka kamu
kepihak timur dan barat, tetapi
kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian dan melaikat dan kitab dan Nabi-nabi, dan mendermakan harta yang
sedang ia cinta itu kepada keluarga yang hampir dan anak-anak yatim dan
orang-orang miskin dan orang pelarian (yang keputusan) dan orang-orang yang
meminta dan (ditentang menebus) hamba-hamba, dan mendirikan sembahayang, dan
mengeluarkan zakat, dan menyempurnakan janji, apabila berjanji, dan sabar
diwaktu kepayahan dan kesusahan dan diwaktu perang. Mereka itu ialah
orang-orang yang benar, dan mereka itu ialah orang-orang yang berbakti.
178. Hai orang-orang yang beriman ! diwajibkan atas kamu (hukum) kisad buat (membela) orang-orang yang
mati dibunuh, (iaitu) orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan
hamba, dan perempuan dengan perempuan, tetapi barang siapa dapat sebahagian
keampunan dari saudaranya (yang membela si mati). Maka (hendaklah) ia balas kebaikan, serta
serahkan lah (diat) kepadanya dengan (cara)
baik. Yang tersebut ini satu kelonggaran dan rahmat dari Tuhan kamu.
Lantaran itu, barang siapa melanggar batas (lagi) sesudah yang demikian, maka
ia akan mendapat seksaan yang pedih.
179. Dan ditentang
(menjalankan hukum) kisad itu ada (keselamatan) nyawa buat kamu, hai
orang-orang yang mempunyai fikiran ! supaya kamu terpilihara (daripada
kejahatan).
180. Diwajibkan atas kamu,
apabila seorang daripada kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta,
(hendaklah ia) bikin wasiat buat
(keuntungan) dua ibu bapa dan keluarga yang hampir dengan cara yang baik,
sebagai satu kewajipan atas orang-orang yang berbakti.
181. Maka barang siapa
mengubah wasiat itu sesudah ia dengar, tidaklah ada dosa melainkan atas
orang-orang yang mengubahnya itu, kerana sesungguhnya Allah itu pendengar,
pengetahui.
182. Tetapi barang siapa tahu (bahawa) orang yang bikin wasiat itu terkeliru atau
berdusta (tentang wasiatnya), lantas ia bikin damai antara mereka (yang jadi
ahli waris nya), maka tidaklah ada dosa atasnya, kerana Allah itu pengampun ,
penyayang.
183. Hai orang-orang yang
beriman ! diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu terpelihara (daripada kejahatan).
184. (iaitu) beberapa hari yang tertentu tetapi barang siapa dari antara kamu sakit
atau didalam perjalanan, maka (wajib ia berpuasa) beberapa (hari yang ketinggalan)
itu di hari-hari yang lain, dan orang-orang yang bisa puasa tetapi dengan susah
payah itu, (kalau tidak puasa), wajib bayar pidiah, (iaitu) memberi makan seorang meskin, tetapi barang siapa
menderma lebih dengan sukanya sendiri, maka iaitu baik buat dirinya (sendiri),
dan berpuasa itu baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
185. (iaitu) sebulan
ramadhan yang padanya (mulai) diturunkan Quran
sebagai satu pimpinan bagi
manusia dan sebagai petunjuk jalan dan pembeza yang terang. Oleh sebab itu barang siapa dari antara kamu
melihat bulan itu, hendaklah ia berpuasa, dan barang siapa sakit atau didalam
perjalanana, maka (wajib ia puasa) beberapa (hari yang ketinggalan) itu
dihari-hari yang lain, (kerana) Allah hendak (membikin) keriangan bagi kamu,
dan tidak hendak (membikin) keberatan atas kamu, dan (ia hendak)supaya kamu
sempurnakan bilangan itu, dan supaya kamu mengagungkan Allah, lantaran ia telah
beri pertunjukan kepada kamu, dan supaya kamu menerima kasih (kepadanya).
186. Dan apabila hamba-hamba
ku bertanya kepada mu dari hal ku, maka (katakanlah), bahawa se nya aku (ada)
hampir, aku (sedia) memperhatikan permohonan orang yang memohon apabila ia
memohon. (sesungguhnya) oleh sebab itu,
hendaklah mereka memperkenankan seruan ku, dan hendaklah mereka beriman kepada
ku, supaya mereka dapat jalan yang lurus.
187. Dihalalkan bagi kamu,
pada malam puasa, bercampur kepada isteri-isteri kamu. Mereka itu pakaian bagi
kamu, dan kamu pun pakaian bagi mereka itu, Allah mengetahui bahawa se nya kamu
telah berlaku khainat kepada diri-diri kamu, lantas ia ampunkan kamu. Maka
sekarang, hampirilah mereka itu dan carilah apa yang Allah telah tentukan untuk
kamu, dan makanlah dan minumlah hingga terbit bagi kamu tali putih
daripada tali hitam dari (waktu) pajar,
kemudian, sempurnakan lah puasa itu hingga malam, tetapi janganlah kamu hampiri
mereka itu sedang mereka iktikap dimasjid-masjid. Yang demikian itu batas-batas
Allah, lantaran itu jangan lah kamu hampirinya, bagitulah Allah terangkan
perintah-perintah nya kepada manusia supaya mereka terpilihara (daripada
Kejahatan).
188. Dan janganlah kamu
makan harta (orang-orang yang diantara) kamu dengan (jalan) yang tidak betul
dan (janganlah) kamu bawa (urusan harta itu kepada hakim-hakim dengan maksud
kamu hendak memakan sebahagian daripada harta orang (lain) dengan (jalan) dosa,
pada hal kamu tahu.
189. Nanti mereka bertanya kepada mu dari hal (guna peredaran) bulan-bulan.
Katakanlah; “iaitu waktu yang ditentukan
untuk (keperluan) manusia dan untuk (amal) haji dan tidak ada kejelekan
ditentang kamu masuk kerumah kamu dari belakang nya, tetapi kebajikan itu
(ialah kebajikan) orang berbakti, dan masuk lah kerumah-rumah kamu itu dari
pintu-pintu nya, dan berbaktilah kepada Allah, supaya kamu dapat kejayaan”.
190. Dan perangilah dijalan
Allah akan mereka yang memerangi kamu, tetapi jangan kamu melewati batas,
kerana sesungguhnya Allah tidak kasih orang-orang yang melewati batas.
191. Dan bunuhlah mereka
dimana-mana kamu bertemu mereka, dan keluarkan lah mereka daripada tempat yang
mereka keluarkan kamu, pada hal fitnah itu terlebih (jahat) daripada
pembunuhan, dan janganlah kamu perangi mereka dimasjid yang mulia itu hingga
mereka memerangi kamu disitu. Maka kalau
mereka memerangi kamu (disitu), bunuhlah mereka. Bagitulah balasan untuk orang-orang kafir.
192. Tetapi kalau mereka berhenti, maka sesugguhnya Allah itu pengetahuan, penyayang.
193. Dan perangilah mereka
itu hingga tidak ada ganguan (lagi), dan (hingga) jadilah agama itu kerana
Allah, tetapi jika mereka berhenti, maka (tidak) boleh ada perseteruan
melainkan atas orang-orang yang menganyanyi.
194. Bulan yang terhormat
itu (diganti) dengan bulan yang terhormat ini, dan apa-apa yang terhormat itu
(ada padanya hukum) kisad, Oleh sebab itu, barang siapa menggangu kamu, maka
hendaklah kamu ganggu dia setimbang
dengan ganguan nya atas kamu, dan
hendaklah kamu takut kepada Allah, dan ketahuilah bahawa se nya Allah (ada)
berserta orang-orang yang takut (kepadanya).
195. Dan belanjakan lah
(harta kamu) dijalan Allah, dan jangan lah kamu campakkan diri-diri kamu kepada
kebinasaan, dan baik kan lah (urusan kamu), kerana sesungguhnya Allah kasih
orang-orang yang membaik kan (urusan).
196. Dan sempurnakan haji dan umrah kerana Allah, tetapi kalau kamu terhalang, maka
(kirimlah) korban sedapatnya, dan jangan
kamu mencukur kepala kamu hingga korban itu sampai ketempatnya, tetapi barang
siapa dari antara kamu sakit, atau dikepalanya ada sesuatu yang menganggu,
(lalu ia cukur) maka hendaklah ia bayar pidiah dengan puasa atau sedekah atau
korban, tetapi apabila kamu telah aman, lantas (diwaktu itu) siapa yang berenak-enak
dengan (ibadat) umrah hingga (waktu ibadat) haji, maka (hendaklah ia bayar)
pidiah (dengan) korban sedapatnya, tetapi barang siapa tidak dapat, maka
(hendaklah ia) puasa tiga hari di
(waktu) haji dan tujuh hari apabila kamu kembali, iaitu berjumlah sepuluh
(hari) yang sempurna, yang demikian itu bagi orang yang bukan dirinya jadi
penduduk Mekah yang mulia dan hendaklah kamu takut kepada Allah dan ketahuilah
bahawa se nya Allah itu keras pembalasan nya.
197. (musim) haji itu
beberapa bulan yang termaklum, oleh itu barang siapa telah membuatkan (atas
dirinya ibadat) haji d(bulan-bulan) itu, maka tidak boleh sekali-kali rapat (sentuh) dan tidak boleh sekali-kali
berbantah didalam haji, dan apa-apa kebaikan yang kamu buat diketahui oleh
Allah dan hendaklah kamu mengambil bekal
kerana sebaik-baik bekalan itu
ialah bakti dan hendaklah kamu berbakti kepada ku, Hai orang-orang yang
berfikiran !.
198. Tidak mengapa kamu
mencari rezeki dari Tuhan kamu, maka apabila kamu berduyun-duyun berpisah dari
(gunung) arafah, hendaklah kamu menyebut Allah (satu tempat tanda mulia) dan
hendaklah kamu sebut dia sebagaimana ia telah pimpin kamu, dan sesungguhnya
dahulu dari itu adalah kamu sebahagian daripada orang-orang yang sesat.
199. Kemudian, hendaklah
kamu turun dari nikmat yang orang-orang turun, dan hendaklah kamu minta ampun
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah
itu pengampun, penyayang.
200. Maka apabila kamu
selesaikan ibadat-ibadat haji kamu, hendaklah kamu menyebut-nyebut Allah
sebagaimana kamu menyebut-nyebut bapa-bapa kamu, atau (dengan) sebutan yang
lebih (daripada itu). Maka dari antara orang-orang itu ada yang berkata; “hai
Tuhan kami ! berilah kepada kami (kebaikan) dunia” pada hal tidak ada baginya bahagian
(baik) diakhirat.
201. “Hai Tuhan kami !
berilah kepada kami (kehidupan) yang baik didunia (kehidupan) yang baik
diakhirat, dan piliharakan lah kami daripada seksaan neraka”
202. Mereka itu akan dapat
bahagian yang baik dari apa yang mereka telah kerjakan, dan Allah itu pengira
yang cepat.
203. Dan sebutlah Allah
dalam beberapa hari yang ditentukan, maka barang siapa terburu-buru didalam dua
hari, tidak ada dosa atasnya, dan barang siapa terkemudian, tidak ada (juga)
dosa atasnya, (iaitu) bagi orang yang pelihara (daripada kejahatan) dan
hendaklah kamu takut kepada Allah, dan ketahuilah bahawa kepada nya lah kamu
akan dikumpulkan.
204. Dan dari antara manusia
ada orang yang perkataan nya dalam (hal) kehidupan dunia membikin mu senang dan
ia menjadikan Allah saksi atas apa yang ada dihari nya, pada hal ia itu
sejahat-jahat musuh.
205. Kerana apabila is
berpisah, berjalan ia dibumi untuk membikin kerosakan padanya dan (untuk)
membinasakan tanaman dan ternakan, pada hal Allah tidak suka kepada kerosakan.
206. Dan apabila dikatakan
kepadanya; “takutlah kepada Allah”, dibawalah dia oleh kesombongan nya
kepada (berbuat) dosa. Lantaran itu
cukuplah untuk dia dijahanam, dan sesungguhnya alangkah jelek tempat ketetapan
itu !.
207. Dan dari antara manusia
ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keredaan Allah, dan Allah itu
amat penyayang akan hamba-hamba nya.
208. Hai orang-orang yang
beriman ! masuklah kamu sekelian kedalam keselamatan, dan janganlah kamu turut
langkah-lahngah syaitan, kerana sesungguhnya ia
itu musuh kamu yang nyata.
209. Maka kalau kamu
tergelincir, sesudah datang keterangan-keerangan kepada kamu, hendaklah kamu
ketahui bahawa se nya Allah itu gagah,
bijaksakna.
210. Bukankah mereka itu
tidak menunggu-nunggu melainkan kedatangan (azab) Allah bersama melaikat,
d(bawah) naung mega-mega, pada hal telah diputuskan perkara itu dan kepada
Allah lah dikembalikan sekelian urusan ?
211. Tanyalah bani Israel, berapakah keterangan
nyata yang kami telah berikan kepada mereka ? dari barang siapa menukar nikmat
Allah sesudah datang (keterangan) kepadanya, maka sesungguhnya Allah itu sangat
pedih seksaan nya.
212. Dihiaskan kehidupan dunia bagi orang-orang yang
kafir dan mereka menghina orang-orang yang beriman, pada hal orang-orang yang
berbakti itu lebih mulia daripada mereka pada hari khiamat, dan Allah itu
memberi dengan tidak berhitung kepada yang ia kehendaki.
213. Adalah manusia itu satu umat yang tunggak, (lalu
berselisehan) maka Allah bangkitkan nabi-nabi sebagai pengemar-pengemar dan
pengancam-pengancam dan berserta mereka ia turun kitab-kitab dengan (membawa) kebenaran, sampai (kitab itu) memberi keputusan antara
manusia ditentang apa yang mereka berselisehan dan tidak berselisehan d(kitag-kitab) itu (pula) melainkan
(ketua-ketua) dari orang-orang yang diberi (kitab-kitab)itu, sesudah datang
kepada mereka kenyataan-kenyataan, kerana kedengkian diantara mereka itu.
Tetapi Allah unjuk kan jalan yang lurus, dengan pertolongan nya, bagi
orang-orang yang beriman ditentang kebenaran yang orang-orang (derhaka) itu
berselisihan dan Allah itu memimpin orang yang ia kehendaki kejalan yang lurus.
214. Atau apakah kamu sengka,
bahawa kamu akan masuk syurga, sedang belum datang kepada kamu (keadaan)
seperti mereka yang telah lalu dahulu daripada kamu, pada hal mereka itu kena
kesusahan (harta benda) dan kecelakaan (badan), dan digoncang akan mereka itu,
sehingga Rasul (waktu itu) dan orang-orang beriman yang bersertanya, bertanya;
“bilakah (datang) pertolongan Allah?” (dijawab) “ketahuilah bahawa se nya
pertolongan Allah itu dekat”.
215. Mereka akan bertanya kepada mu bagaimana mereka (Musa) membelanjakan.
Katakan lah; “apa-apa kebaikan yang kamu belanjakan, maka (hendaklah ada) untuk
ibu bapa dan keluarga yang hampir, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin,
dan orang pelarian dan apa kebaikan yang kamu kerjakan, maka sesungguh nya
Allah itu amat mengetahui akan dia.
216. Diwajibkan kamu
berperang, pada hal ia itu satu kebencian bagi kamu, sedang boleh jadi
kamu benci kepada sesuatu, pada hal ia
itu satu kebaikan bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, pada hal
ia itu tidak baik bagi kamu, dan Allah itu mengetahui dan kamu itu tidak
mengetahui.
217. Mereka akan bertanya
kepada mu dari hal bulan yang mulia,
(yakni dari hal) berperang d(bulan) itu.
Katakan; “bahawa (memulai) peperangan d(bulan) itu (dosa) besar, tetapi menjauhkan (manusia) daripada jalan Allah,
dan kufur kepadanya, dan (menjauhkan manusia daripada) masjid yang mulia, dan
mengeluarkan penduduknya dari situ, (adalah) terlebih besar (dosanya) pada
pandangan Allah, dan fitnah itu adalah lebih besar (dosanya) daripada
pembunuhan dan mereka itu tetap akan memerangi kamu, hingga (dapat) mereka
memalingkan kamu daripada agama kamu, jika
mereka bisa, dan barang siapa dari antara kamu berpaling daripada
agamanya, lalu ia mati, pada hal ia (tetap) kafir, maka gugurlah amal-amal
mereka didunia dan akhirat dan mereka itu ialah ahli neraka yang mereka (akan)
kekal didalam nya.
218. Sesungguhnya orang-orang
yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berkerja keras dijalan Allah,
mereka itu (orang yang) berharap rahmat Allah, dan Allah itu pengampun,
penyayang.
219. Mereka akan bertanya kepada mu, darihal arak dan judi. Katakan; “(bahawa) di dua
perkara itu adalah dosa yang besar dan ada beberapa manfaat bagi manusia,
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaat keduanya”, dan mereka akan bertanya kepada mu apa yang
mereka mesti belanjakan. Katalah;
“selebih dari perlu ayat-ayat nya supaya kamu berfikir.
220. d(urusan) dunia dan
akhirat, dan mereka akan bertanya kepada mu dari hal (mengurus) anak yatim. Katakan lah; “(bahawa) atur beres (urusan) mereka ada lebih baik,
dan jika kamu bercampur (urusan) dengan mereka, maka mereka itu saudara-saudara
kamu, dan Allah mengetahui orang-orang berbuat jahat daripada orang berbuat
baik, dan jika Allah kehendaki, nescaya ia beratkan kamu, kerana sesungguhnya Allah itu gagah,
bijaksana”.
221. Dan janganlah kamu
berkhawin kepada perempuan-perempuan musrik hingga mereka beriman dan
sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada seorang perempuan yang musrik,
walau pun (kebagusannya) mengemarkan kamu, dan janganlah kamu khawinkan
(perempuan dari kamu) kepada orang-orang musrik, hingga mereka beriman, dan
sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman itu lebih baik daripada seorang
lelaki-lelaki yang musrik, walau pun (kebagusannya) mengemarkan kamu. Mereka
itu mengajak kamu keneraka, dan Allah mengajak kamu kesyurga dan kepada
keampunan dengan pertolongan nya, dan ia terangkan perintah-perintah nya
kepada manusia supaya mereka ingat.
222. Dan mereka akan
bertanya kepada mu dari hal (hukum) haid, katakan; “ia itu kemudaratan, oleh
sebab itu hendaklah kamu berjauhan diri daripada perempuan-perempuan d(waktu)
haid, dan janganlah kamu hampiri mereka hingga mereka bersih, maka apabila
mereka telah bersuci, bolehlah kamu hampiri mereka sebagaimana Allah perintah
kamu, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat, dan ia
suka kepada orang-orang yang bersih”.
223. Isteri-isteri kamu itu
ladang kamu, oleh sebab itu, datangi lah ladang kamu sebagaimana kamu
kehendaki, dan sediakan lah untuk diri kamu dan takutlkah kepada Allah dan ketahuilah
bahawa se nya kamu akan menghadap dia, dan
girangkan lah orang-orang yang beriman.
224. Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah itu satu sasaran bagi sumpah-sumpah
kamu (yang menghalangi) kamu berbuat kebaikan dan berbakti dan berbuat
perdamaian antara manusia, dan Allah itu pendengar, pengetahui.
225. Allah tidak masukkan
perhitungan kamu apa yang sia-sia didalam sumpah-sumpah kamu tetapi ia masukkan
perhitungan kamu apa yang dikerjakan oleh hati-hati kamu, dan Allah itu
pengampun, penyabar.
226. Orang-orang yang
bersumpah hendak berjauhan diri daripada isteri-isteri nya itu, boleh tunggu
(paling lama) empat bulan, sesudah itu kalau mereka kembali, maka Allah itu
pengampun penyayang.
227. Dan jika mereka mahu
talak, maka sesungguhnya Allah itu pendengar, pengetahui.
228. Dan perempuan-perempuan yang ditalak itu (wajib) menahan diri mereka
(selama) tiga kali bersih (daripada haid), dan tidak halal mereka
menyembunyikan apa yang telah dijadikan oleh Allah didalam kandungan-kandungan
mereka, jika memang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan suami-suami
mereka ada berhak menarik kembali akan mereka didalam (masa idah) itu. Jika
mereka mahu berbuat damai dan perempuan itu ada mempunyai (hak) setimbang
(dengan hak lelaki-lelaki) terhadap mereka dengan cara yang sopan, tetapi
laki-laki ada mempunyai darjat (kekuasaan) atas perempuan-perempuan dan Allah
itu gagah, bijak sana.
229. Talak itu (hanya) dua
kali, sesudah itu, (hendaklah kamu) rujuk dengan sara sopan, atau (kamu)
lepaskan (mereka) dengan cara yang baik, dan tidak halal kamu mengambil
(kembali) sesuatu daripada (pemberian) yang kamu telah berikan kepada mereka
itu, tetapi jika (lagi isteri itu) takut bahawa mereka tidak akan bisa
(lagi) memilihara batas-batas Allah,
lantas kamu (pun) takut bahawa mereka tidak akan bisa memilihara batas-batas
Allah, maka tidak ada halangan atas
mereka berdua tentang sesuatu yang isteri itu kasi buat menebus diri, yang
demikian itu batas-batas Allah, maka janganlah kamu lamar dia, dan barang siapa melanggar
batas-batas Allah, maka mereka itu ialah orang-orang yang menganyayai.
230. Sesudah itu, kalau ia talak
dia (lagi), maka tidaklah ia jadi halal baginya selamanya, hingga ia khawin
kepada suami lain, lantas jika (suami
yang kedua) itu (pula) ceraikan dia, maka tidaklah ada halangan buat mereka
berdua kembali (lagi), jika mereka rasa bahawa mereka bisa pilihara batas-batas
Allah, dan yang demikian itu batas-batas
Allah, ia terangkan dia kepada kaum yang mahu mengetahui.
231. Dan apabila kamu mentalak perempuan-perempuan, lantas (hampir) sampai tempoh
(idah) mereka, maka hendaklah kamu rujuk kepada mereka dengan cara yang sopan,
atau kamu lepaskan mereka dengan cara yang sopan, atau kamu lepaskan mereka dengan
cara yang sopan, dan janganlah kamu rujuk kepada mereka dengan maksud hendak menyusahkan (mereka),
kerana (dengan itu) kamu akan melanggar (batas-batas Allah), dan
barang siapa berbuat demikian, maka sesungguhnya (bererti) ia menganyayai
dirinya (sendiri), dan perintah-perintah Allah itu janganlah kamu jadikan
permainan, dan hendaklah kamu ingat nikmat (pemberian) Allah atas kamu, dan
(ingatlah)apa yang ia turunkan atas kamu, iaitu kitab (al-Quran) dan
kebijaksanaan yang ia nasihati kamu dengan itu, dan hendaklah kamu berbakti
kepada Allah, dan hendaklah kamu ketahui, bahawa sesungguhnya Allah itu
mengetahui tiap-tiap sesuatu.
232. Dan apabila kamu mentalak perempuan-perempuan, lantas mereka sampai kepada
idah mereka, maka janganlah kamu halangi
mereka bernikah kepada (bakal) laki-laki mereka, apabila mereka telah
setuju diantara mereka dengan cara yang sopan, yang demikian itu dijadikan
nasihat bagi orang yang diantara kamu yang percaya kepada Allah dan hari
kemudian, yang demikian itu lebih untung bagi kamu dan lebih bersih, dan Allah itu mengetahui, tetapi kamu
tidak mengetahui.
233. Dan ibu-ibu itu (wajib) menyusui anak-anak mereka dua tahun yang sempurna,
(iaitu) bagi orang yang mahu menyempurnakan penyusuan itu, tetapi (wajib) atas
lelaki-lelaki yang punya anak, memberi makanan dan pakaian bagi ibu itu dengan
cara yang patut, tidak diberatkan seseorang melainkan (menurut) kelapangan nya,
(dan) janganlah disusahkan seorang ibu lantaran anaknya, dan jangan
(disusahkan) seorang bapa lantaran anaknya, dan (kewajipan) atas waris (bagi
bapa) itu sama dengan yang (tersebut), tetapi jika mereka berdua mahu putuskan
penyusuan dengan reda dan mesyuarat antara mereka berdua, maka tidaklah ada halangan atas mereka (ditentang itu) dan
jika kamu mahu mencari (perempuan) untuk menyusui anak-anak kamu, maka tidaklah
ada halangan atas kamu, apabila kamu serahkan(upah) yang kamu beri, dengan cara
yang patut, dan berbaktilah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa se nya Allah
itu amat melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
234. Dan orang-orang yang
meninggal dunia dari antara kamu, pada hal mereka meninggalkan isteri-isteri,
(hendaklah) isteri-isteri itu menahan
diri-diri mereka (beridah) empat bulan sepuluh hari, sesudah itu, apabila
mereka sampai kepada tempoh (idah) mereka, maka tidaklah (patut) ada keberatan
atas kemu tentang apa yang mereka kerjakan di diri-diri mereka dengan cara yang
sopan, dan Allah itu amat mengetahui apa-apa yang kamu buat.
235. Dan tidak ada larangan
atas kamu tentang peminangan yang kamu sindirkan kepada perempuan itu, atau
(tentang maksud yang) kamu simpan didalam hati-hati kamu, Allah mengetahui
bahawa kamu akan mengingat perempuan-perempuan itu, tetapi janganlah kamu
berjanji kepada mereka itu didalam rashia, melainkan (boleh) kamu berkata
perkataan yang sopan, dan janganlah kamu tentukan ikatan nikah, hingga
kewajipan (idah) itu sampai tempohnya, dan ketahuilah bahawa se nya Allah itu
mengetahui apa-apa yang dihati-hati kamu, lantaran itu, takutlah kepada nya, dan
ketahuilah, bahawa se nya Allah itu pengampun, penyabar.
236. Tidak ada tangungan
atas kamu kalau kamu ceraikan isteri-isteri sebelum kamu sentoh mereka, atau
(sebelum kamu tentukan satu ketentuan (mas khawin) untuk mereka, tetapi
hendaklah kamu bekalkan bagi mereka satu bekalan dengan cara yang patut,
(iaitu) orang yang berkelapangan,
menurut ukurannya, dan orang yang berkesempitan, menurut ukuran nya,
(iaitu) sesungguhnya satu perkara yang
patut atas orang-orang yang (hendak) berbuat kebaikan.
237. Dan jika kamu ceraikan
mereka sebelum kamu sentuh mereka, pada hal kamu telah tentukan bagi mereka
satu ketentuan (mas khawih), maka wajib kamu
bayar separuh dari apa yang kamu telah tentukan, kecuali kalau perempuan-perempuan itu (suka)
lepaskan (haknya), atau orang yang memegang simpulan pernikahan itu (suka
memberi cukup), tetapi bahawa kamu memberi (cukup) itu ada terlebih hampir
kepada kebaktian dan janganlah kamu lupakan kebaikan (pergaulan) antara
(keluarga) kamu, sesungguhnya Allah amat melihat apa yang kamu kerjakan.
238. Kerjakan lah dengan
tetap akan sembahyang-sembahyang dan akan sembahyang yang terlebih penting, dan
hendaklah kamu berdiri kerana Allah dengan khusuk.
239. Tetapi jika kamu takut,
maka (kerjakan lah) dengan berjalan atau berkenderaan, lantas apabila kamu
telah aman, maka sebutlah akan Allah sebagaimana ia telah ajarkan kamu apa yang
kamu tidak tahu.
240. Dan orang-orang yang
meninggal dunia dari antara kamu, pada hal ada meninggalkan isteri-isteri
mereka itu, (iaitu) kasi bekalan hingga setahun, dengan tidak keluarkan
(mereka) tetapi jika mereka keluar (sendiri), maka tidaklah ada kesalahan atas
kamu tentang apa yang mereka kerjakan didiri-diri mereka, dari (perkara) yang
sopan, dan Allah itu gagah, bijaksana.
241. Dan perempuan-perempuan
yang ditalak itu (wajib mendapat) bekalan (nafkah) dengan cara
yang patut, (iaitu) satu kewajipan atas orang-orang yang (mahu)
berbakti.
242. Bagitulah Allah
menerangkan hukum-hukum nya kepada kamu supaya kamu mengerti.
243. Tidakkah engkau
fikirkan mereka yang keluar dari kampung-kampung mereka, kerana takut mati,
pada hal mereka beribu-ribu ? Lantaran itu, Allah brkata kepada mereka itu;
“matilah kamu”. Kemudian, ia hendak kan
mereka, sesungguh nya Allah itu mempunyai budi atas manusia tetapi kebanyakan
manusia tidak menerima kasih.
244. Dan hendaklah kamu
perangi (musuh-musuh itu) dijalan Allah,
dan ketahuilah, bahawa se nya Allah itu amat mendengar, amat mengetahui.
245. Siapakah dari orang
yang mahu meminjamkan kepada Allah, satu pinjaman yang baik, supaya ia gandakan
(pembayaran) itu baginya dengan beberapa
banyak ganda-ganda kerana Allah itu menyampaikan (rezeki) dan meluaskan, dan
kepadanya lah akan dikembalikan kamu.
246. Tidak kah engkau fikirkan (hal) ketua-ketua dari bani israel sesudah (waktu) Musa,
tetakala mereka berkata kepada seorang Nabi mereka; “lantik kan lah seorang
raja untuk kami, supaya kami berperang dijalan Allah”, ia jawab; “apakah tidak
bisa jadi -- kalau diwajibkan kamu
berperang – bahawa kamu tidak akan berperang?”, mereka jawab; ”mengapa kamu
tidak mahu berperang dijalan Allah, pada hal kami telah dahulu keluar dari
kampung kami dan (dari) anak-anak kami?”
tetapi tetekala diwajibkan atas mereka berperang, berpalinglah mereka,
kecuali sedikit daripada mereka, dan
Allah itu amat mengetahui akan orang-orang yang menganyayai.
247. Dan Nabi mereka telah berkata kepada mereka; “bahawa se nya Allah telah
bangkitkan talud sebagai raja bagi kamu. Mereka berkata; “adakah (patut) ia
berkuasa atas kami, pada hal kami lebih patut berkuasa daripadanya, sedang ia
tidak mempunyai keluasan dari harta ?” ia jawab; “sesungguhnya Allah telah
pilih dia (sebagai raja) atas kamu, dan ia telah tambah keluasan nya ditentang
ilmu dan benda, dan Allah itu memberi kerajaan nya kepada sesiapa yang ia
kehendaki, dan Allah itu luas (pemberian nya), mengetahui.
248. Dan telah berkata Nabi
mereka; “bahawaa se nya tanda kerajaan nya itu, yang didalam nya ada (perkara)
yang memuaskan hati dari Tuhan kamu, dan (berisi) sisa dari apa yang
ditinggalkan oleh keluarga Musa dan keluarga Harun, yang dibawah oleh Melaikat
sesungguhnya didalam (hal) yang demikian itu ada tanda (keterangan nya) bagi
kamu, jika memang kamu itu orang-orang yang beriman”.
249. Maka tetakala talut
berangkat bersama tenteranya, ia berkata; “sesungguhnya Allah akan memberi
percubaan kepada kamu dengan satu sungai, maka barang siapa minum (air)
daripadanya, bukanlah ia dari (golongan) ku,
dan barang siapa tidak merasai dia, maka ia dari (golongan) ku, kecuali orang yang menceduk satu chedukan
dengan tangan nya, tetapi mereka minum daripadanya, kecuali sedikit dari
mereka. Maka tetakala (talut) dan orang-orang beriman bersama dia telah
menyeberang (sungai) itu, (sebahagian dari) mereka berkata; “sesungguhnya kami (rasa) tak kuat sekarang berperang kami
(rasa) tak kuat sekarang (berperang) dengan jalut dan tenteranya”. Orang-orang yang percaya akan menghadap
(balas) Allah itu berkata; “ada beberapa banyak golongan yang sedikit pernah
mengalah kan golongan yang banyak dengan izin Allah, kerana Allah itu berserta
orang-orang yang sabar”.
250. Dan tetakala mereka
dzahir (dimedan) buat (menghadap) jalut dan tentera nya, berkatalah mereka;
“Hai Tuhan kami ! tuangkan lah kesabaran atas kami, dan tetapkan lah kaki-kaki
kami, dan tolonglah kami atas (mengalahkan) kaum yang kafir itu”.
251. Oleh sebab itu,
dapatlah mereka ini kalahkan mereka itu dengan izin (pertolongan) Allah, dan
Daud (pun) dapat jalut, dan Allah beri kepada nya kerajaan dan
kebijaksaknaan, dan ia ajar dia apa yang ia kehendaki, dan sekiranya Allah
tidak menjaguhkan manusia sebahagian nya dengan sebahagian, nescaya rosak bumi
ini, tetapi Allah itu mempunyai kurnia atas sekelian alam.
252. Yang
demikian itu tanda-tanda (kekuasaan) Allah, kami ceritakan dia kepada mu dengan benar, dan
sesungguhnya engkau (adalah seorang) daripada mereka yang diutuskan. [Previous Juzuk][Next Juzuk][Previous Ulasan][Next Ulasan] [Home]
.
Via,
kawankuresourcesy@yahoo.com
kawankuresourcesy@yahoo.com
(recovery; kawankuresourcesy@yahoo.com)
(recover; N43.NGO@outlook.my)
(recover; rayyan.beautysoap@mail.com)
(recover; rayyan.beautysoap@mail.com)