Tuesday, 29 October 2013

Juzuk 2



JUZUK 2

AL-BAQARAH, 142~251. 
142. Mereka yang bodoh daripaa manusia akan berkata; “apakah yang memalingkan orang-orang (Islam) itu daripada kiblat yang telah mereka hadapi ?”, kata lah; “kepunyaan Allah lah timur dan barat, ia memimpin siapa yang ia kehendaki kejalan yang lurus”.
143. Dan bagitu juga kami telah jadikan kamu satu umat yang terpilih supaya kamu jadi pembawa keterangan kepada manusia sedang Rasul itu jadi pembawa keterangan kepada kamu, dan kami tidak wajibkan kiblat yang engkau telah hadapi nya itu melainkan kerana kami hendak membezakan orang yang menurut Rasul  daripada orang yang berpaling atas dua tumitnya, kerana sesungguhnya hal itu, memang berat melainkan atas orang-orang yang diberi petunjuk kan oleh Allah, dan Allah tidak akan sia-siakan iman kamu, kerana Allah itu penyayang, pengasih kepada manusia.
144. Sesungguhnya kami melihat muka mu berpaling-paling kelangit lalu manusia palingkan mu ke kiblat yang engkau sukai.  Lantaran itu, palingkan lah muka mu  kepihak masjid yang mulia itu, dan dimana-mana sahaja kamu berada, hendaklah kamu palingkan muka-muka kamu kepihaknya, dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberi kitab itu, tahu bahawa yang demikian, sebenarnya dari Tuhan mereka, dan tidak sekali-sekali Allah lalai dari apa yang mereka kerjakan.
145. Dan sesungguhnya jika engkau unjukkan apa sahaja keterangn kepada orang-orang yang diberi kitab itu, mereka tidak akan turut kiblat mu, dan engkau bukan (pula) penurut kiblat mereka, dan sebahagian dari mereka bukan penurut kiblat sebahagian (yang lain), dan sesungguh nya jika engkau turut kemahuan-kemahuan  mereka, sudah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya (adalah)  engkau diwaktu itu dari golongan orang-orang yang menganyayai.
146. Orang-orang yang kami telah beri kitab itu kenal kepadanya sebagaimana mereka kenal anak-anak mereka, tetapi ada sebahagian daripada mereka sesungguhnya menyembunyikan kebenaran pada hal mereka tahu.
147. Kebenaran itu dari Tuhan mu, lantaran itu, jangan lah engkau jadi (seorang) daripada mereka yang ragu-ragu.
148. Dan bagi tiap-tiap orang  ada satu jurusan yang ia menghadap kepada nya. Oleh sebab itu, berlumba-lumba lah  kamu (mengerjakan) kebaikan-kebaikan, (kerana) dimana sahaja kamu ada, Allah akan kumpulkan kamu sekelian, kerana sesungguhnya Allah itu amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
149. Dan dari mana sahaja engkau keluar, maka hendaklah engkau hadapkan muka mu kepihak masjid yang  mulia itu, kerana sesungguhnya (perintah menghadap) itu sebenarnya dari Tuhan mu, dan Allah tidak sekali-sekali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
150. Dan walau bagimana pun engkau keluar, maka hendaklah engkau hadapkan muka mu kepihak masjid yang mulia itu, dan walau dimana pun kamu ada, hendaklah kamu hadapkan muka-muka kamu kepihaknya, supaya tidak jadi alasan bagi orang-orang itu buat mencela kamu, kecuali orang-orang yang zalim dari mereka. Lantaran itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi hendaklah kamu takut kepada ku, dan kerena aku hendak sempurnakan nikmat ku atas kamu, dan supaya kamu terpimpin.


151.  Sebagaimana kami utus kepada kamu seorang Rasul dari antara kamu, yang membaca ayat-ayat kamu kepada kamu, dan  membersihkan kamu, dan mengerjakan kamu kitab itu dan kebijaksanaan, dan mengerjakan kamu apa yang belum pernah kamu ketahui.
152. Lantaran itu, ingatlah kepada ku, nescaya aku ingat kepada kamu, dan hendaklah kamu syukur kepada ku, dan janganlah kamu lupakan budi ku.
153. Hai orang-orang yang beriman ! mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan sembahayang, kerana sesungguhnya Allah itu berserta orang-orang yang sabar.
154. Dan janganlah kamu katakan orang-orang yang terbunuh dijalan Allah itu mati, (tidak!) bahkan (mereka itu) hidup, tetapi kamu tidak sadar.
155. Dan sesungguhnya kami akan beri kamu percubaan dengan sebahagian daripada ketakutan dan kelaparan dan kekurangan harta dan jiwa dan buah-buahan, dan berilah khabaran yang menyenangkan kepada mereka yang sabar.
156. Yang apabila mengenai mereka satu kesusahan, mereka berkata; “ sesungguhnya kami (ini milik) bagi Allah, dan sesungguhnya kepada nya lah kami akan kembali”.
157. Mereka itu (akan turun) atas mereka kurnia-kurnia dari Tuhan mereka dan rahmat, dan merekalah orang-orang yang dapat petunjuk.
158. Sesungguhnya (berjalan antara) Sapa dan Maruah itu sebahagian daripada tanda-tanda (taat) kepada  Allah oleh sebab itu, barang siapa (pergi) kerjakan Haji  ke Baitullah, atau Umrah, maka tidak mengapa ia Tawap di dua (tempat) itu, dan barang siapa kerjakan kebaikan (lebih), dengan  suka sendiri, maka sesungguhnya Allah itu pembalas terima kasih, pengetahui.
159. Sesungguh nya mereka yang menyembunyikan keterangan-keerangan dan pertunjukan yang kami telah turunkan, sesudah kami terangkan dia untuk manusia dikitab itu, (maka) mereka itu akan dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh orang-orang yang melaknat.
160. Kecuali kepada mereka yang bertaubat dan berbuat kebaikan dan terangkan (kebenaran), maka orang-orang itu aku akan ampunkan mereka, kerana akulah pengampun, penyayang.


161. Sesungguhnya mereka yang tidak beriman, lantas mati, pada hal mereka (tetap sebagai)  orang-orang kafir, (maka adalah) atas mereka laknat Allah dan melaikat dan manusia semuanya.
162. pada hal mereka akan kekal didalam (nereka) itu, (dan) tidak akan diringankan azab dari mereka, dan tidak akan dipedulikan mereka.
163. Dan Tuhan kamu itu, Tuhan yang tunggal, tidak ada Tuhan (yang disembah) melainkan dia, pemurah, penyayang.
164. Sesungguhnya ditentang kejadian langit-langit dan bumi, dan (ditentang) perubahan malam dan siang, dan (ditentang) kapal-kapal  yang belayar dilaut dengan (membawa) air yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu dengan (air) itu ia hidupkan bumi sesudah matinya, serta ia tibarkan padanya tiap-tiap (jenis) binatang, dan (ditentang) peredaran angin dan awan (mega) yang diperintah diantara langit dan bumi (ditentang itu semua) adalah beberapa tanda bagi kaum yang mahu mengerti.
165. Dan sebahagian manusia ada yang menganggap lain daripada Allah sebgai sekutu yang mereka cintai nya sebagaimana percintaan (mereka) kepada Allah, tetapi orang-orang beriman itu terlebih cinta kepada Allah, pada hal (alangkah besar penyesalan) jika orang-orang yang derhaka itu tahu – diwaktu mereka melihat azab  -- bahawa se nya kekuatan itu semuanya bagi Allah, dan bahawa se nya Allah itu sangat pedih seksaan nya.
166. (iaitu) tetakala orang-orang yang diturut itu berlepas diri daripada mereka yang menurut, pada hal mereka melihat azab, dan putus daripada mereka sekelian sebab.
167. Dan orang-orang yang mengikut itu akan berkata; “alangkah baiknya jika kami dapat kembali satu kali (kedunia), lalu kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami ! begitulah Allah unjuk kan amal-amal mereka jadi duka cita atas mereka, dan tidak sekali-sekali mereka akan keluar daripada nereka.
168. Hai manusia ! makanlah barang-barang yang baik dari apa yang dibumi, dan janganlah kamu turut langkah syaitan, kerana sesungguhnya ia itu musuh yang terang bagi kamu.
169. Ia hanya menyuruh kamu (berbuat)  kejahatan dan kejelekan, dan supaya kamu membikin palsu  atas nama Allah sesuatu yang kamu tidak tahu.
170. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “turutlah apa-apa yang diturunkan oleh Allah”, mereka menjawab; “hanya kami hendak menurut (cara-cara) yang dilakukan oleh datuk-datuk kami”. Apakah (mereka mahu menurut),  walau pun datuk-datuk nenek mereka tidak mengerti sesuatu dan tidak terpimpin dijalan yang lurus.


171. Dan bandingan (penyeru) orang-orang yang tidak (mahu) beriman itu seperti orang yang menyeru sesuatu yang tidak mengerti melainkan (Rasul)  pangilan dan seruan, (mereka itu) tuli, bisu, buta.  Oleh sebab itu, mereka tidak mengerti.
172. Hai orang-orang yang beriman ! makan lah barang-barang yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu, dan syukurlah kepada Allah, jika memang hanya akan dialah kamu menyembah.
173. Tidak ia haramkan atas kamu melainkan bangkai dan darah dan daging babi dan serta yang disembeleh kerana yang lain dari Allah, tetapi barang siapa terpaksa, pada hal tidak sengaja mahu dan tidak melebihi batas, maka tidaklah ada dosa atasnya, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.
174. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (isi) kitab yang kami turunkan dan menjual dia dengan harga yang sedikit, (maka) mereka itu tidak akan masuk kan keperut-perut mereka melainkan api, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka dihari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka, dan (adalah) bagi mereka siksaan yang pedih.
175. Mereka itu ialah orang-orang yang menukar jalan yang lurus dengan kesesatan, dan (menukar) keampunan dengan azab. Lantaran itu, alangkah sabar mereka atas (siksaan) neraka  !.
176. Yang demikian, ialah lantaran Allah telah turunkan kitab itu dengan (membawa) kebenaran, tetapi sesungguhnya orang-orang yang berselisehan dikitab itu, adalah dalam perpecahan yang jauh.
177. Bukanlah kebajikan itu (ditentang) kamu memalingkan muka-muka kamu  kepihak timur dan barat, tetapi  kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian dan melaikat dan kitab dan Nabi-nabi, dan mendermakan harta yang sedang ia cinta itu kepada keluarga yang hampir dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang pelarian (yang keputusan) dan orang-orang yang meminta dan (ditentang menebus) hamba-hamba, dan mendirikan sembahayang, dan mengeluarkan zakat, dan menyempurnakan janji, apabila berjanji, dan sabar diwaktu kepayahan dan kesusahan dan diwaktu perang. Mereka itu ialah orang-orang yang benar, dan mereka itu ialah orang-orang yang berbakti.
178. Hai orang-orang yang beriman ! diwajibkan atas kamu (hukum) kisad buat (membela) orang-orang yang mati dibunuh, (iaitu) orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan, tetapi barang siapa dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (yang membela si mati).  Maka (hendaklah) ia balas kebaikan, serta serahkan lah  (diat) kepadanya dengan (cara)  baik. Yang tersebut ini satu kelonggaran dan rahmat dari Tuhan kamu. Lantaran itu, barang siapa melanggar batas (lagi) sesudah yang demikian, maka ia akan mendapat seksaan yang pedih.

179. Dan ditentang (menjalankan hukum) kisad itu ada (keselamatan) nyawa buat kamu, hai orang-orang yang mempunyai fikiran ! supaya kamu terpilihara (daripada kejahatan).
180. Diwajibkan atas kamu, apabila seorang daripada kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) bikin wasiat buat (keuntungan) dua ibu bapa dan keluarga yang hampir dengan cara yang baik, sebagai satu kewajipan atas orang-orang yang berbakti.


181. Maka barang siapa mengubah wasiat itu sesudah ia dengar, tidaklah ada dosa melainkan atas orang-orang yang mengubahnya itu, kerana sesungguhnya Allah itu pendengar, pengetahui.
182. Tetapi barang siapa tahu (bahawa) orang yang bikin wasiat itu terkeliru atau berdusta (tentang wasiatnya), lantas ia bikin damai antara mereka (yang jadi ahli waris nya), maka tidaklah ada dosa atasnya, kerana Allah itu pengampun , penyayang.
183. Hai orang-orang yang beriman ! diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu terpelihara (daripada kejahatan).
184. (iaitu) beberapa hari yang tertentu tetapi barang siapa dari antara kamu sakit atau didalam perjalanan, maka (wajib ia berpuasa) beberapa (hari yang ketinggalan) itu di hari-hari yang lain, dan orang-orang yang bisa puasa tetapi dengan susah payah itu, (kalau tidak puasa), wajib bayar pidiah, (iaitu) memberi makan seorang meskin, tetapi barang siapa menderma lebih dengan sukanya sendiri, maka iaitu baik buat dirinya (sendiri), dan berpuasa itu baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
185. (iaitu) sebulan ramadhan yang padanya (mulai) diturunkan Quran  sebagai satu pimpinan  bagi manusia dan sebagai petunjuk jalan dan pembeza yang terang.  Oleh sebab itu barang siapa dari antara kamu melihat bulan itu, hendaklah ia berpuasa, dan barang siapa sakit atau didalam perjalanana, maka (wajib ia puasa) beberapa (hari yang ketinggalan) itu dihari-hari yang lain, (kerana) Allah hendak (membikin) keriangan bagi kamu, dan tidak hendak (membikin) keberatan atas kamu, dan (ia hendak)supaya kamu sempurnakan bilangan itu, dan supaya kamu mengagungkan Allah, lantaran ia telah beri pertunjukan kepada kamu, dan supaya kamu menerima kasih (kepadanya).
186. Dan apabila hamba-hamba ku bertanya kepada mu dari hal ku, maka (katakanlah), bahawa se nya aku (ada) hampir, aku (sedia) memperhatikan permohonan orang yang memohon apabila ia memohon.  (sesungguhnya) oleh sebab itu, hendaklah mereka memperkenankan seruan ku, dan hendaklah mereka beriman kepada ku, supaya mereka dapat jalan yang lurus.
187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur kepada isteri-isteri kamu. Mereka itu pakaian bagi kamu, dan kamu pun pakaian bagi mereka itu, Allah mengetahui bahawa se nya kamu telah berlaku khainat kepada diri-diri kamu, lantas ia ampunkan kamu. Maka sekarang, hampirilah mereka itu dan carilah apa yang Allah telah tentukan untuk kamu, dan makanlah dan minumlah hingga terbit bagi kamu tali putih daripada  tali hitam dari (waktu) pajar, kemudian, sempurnakan lah puasa itu hingga malam, tetapi janganlah kamu hampiri mereka itu sedang mereka iktikap dimasjid-masjid. Yang demikian itu batas-batas Allah, lantaran itu jangan lah kamu hampirinya, bagitulah Allah terangkan perintah-perintah nya kepada manusia supaya mereka terpilihara (daripada Kejahatan).
188. Dan janganlah kamu makan harta (orang-orang yang diantara) kamu dengan (jalan) yang tidak betul dan (janganlah) kamu bawa (urusan harta itu kepada hakim-hakim dengan maksud kamu hendak memakan sebahagian daripada harta orang (lain) dengan (jalan) dosa, pada hal kamu tahu.
189. Nanti mereka bertanya kepada mu dari hal (guna peredaran) bulan-bulan. Katakanlah; “iaitu waktu yang  ditentukan untuk (keperluan) manusia dan untuk (amal) haji dan tidak ada kejelekan ditentang kamu masuk kerumah kamu dari belakang nya, tetapi kebajikan itu (ialah kebajikan) orang berbakti, dan masuk lah kerumah-rumah kamu itu dari pintu-pintu nya, dan berbaktilah kepada Allah, supaya kamu dapat kejayaan”.
190. Dan perangilah dijalan Allah akan mereka yang memerangi kamu, tetapi jangan kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah tidak kasih orang-orang yang melewati batas.


191. Dan bunuhlah mereka dimana-mana kamu bertemu mereka, dan keluarkan lah mereka daripada tempat yang mereka keluarkan kamu, pada hal fitnah itu terlebih (jahat) daripada pembunuhan, dan janganlah kamu perangi mereka dimasjid yang mulia itu hingga mereka memerangi kamu disitu.  Maka kalau mereka memerangi kamu (disitu), bunuhlah mereka.  Bagitulah balasan untuk orang-orang kafir.
192. Tetapi kalau mereka berhenti, maka sesugguhnya Allah itu pengetahuan, penyayang.
193. Dan perangilah mereka itu hingga tidak ada ganguan (lagi), dan (hingga) jadilah agama itu kerana Allah, tetapi jika mereka berhenti, maka (tidak) boleh ada perseteruan melainkan atas orang-orang yang menganyanyi.
194. Bulan yang terhormat itu (diganti) dengan bulan yang terhormat ini, dan apa-apa yang terhormat itu (ada padanya hukum) kisad, Oleh sebab itu, barang siapa menggangu kamu, maka hendaklah kamu ganggu  dia setimbang dengan  ganguan nya atas kamu, dan hendaklah kamu takut kepada Allah, dan ketahuilah bahawa se nya Allah (ada) berserta orang-orang yang takut (kepadanya).
195. Dan belanjakan lah (harta kamu) dijalan Allah, dan jangan lah kamu campakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan, dan baik kan lah (urusan kamu), kerana sesungguhnya Allah kasih orang-orang yang membaik kan (urusan).
196. Dan sempurnakan haji dan umrah kerana Allah, tetapi kalau kamu terhalang, maka (kirimlah) korban sedapatnya,  dan jangan kamu mencukur kepala kamu hingga korban itu sampai ketempatnya, tetapi barang siapa dari antara kamu sakit, atau dikepalanya ada sesuatu yang menganggu, (lalu ia cukur) maka hendaklah ia bayar pidiah dengan puasa atau sedekah atau korban, tetapi apabila kamu telah aman, lantas (diwaktu itu) siapa yang berenak-enak dengan (ibadat) umrah hingga (waktu ibadat) haji, maka (hendaklah ia bayar) pidiah (dengan) korban sedapatnya, tetapi barang siapa tidak dapat, maka (hendaklah ia) puasa tiga hari  di (waktu) haji dan tujuh hari apabila kamu kembali, iaitu berjumlah sepuluh (hari) yang sempurna, yang demikian itu bagi orang yang bukan dirinya jadi penduduk Mekah yang mulia dan hendaklah kamu takut kepada Allah dan ketahuilah bahawa se nya Allah itu keras pembalasan nya.
197. (musim) haji itu beberapa bulan yang termaklum, oleh itu barang siapa telah membuatkan (atas dirinya ibadat) haji d(bulan-bulan) itu, maka tidak boleh sekali-kali  rapat (sentuh) dan tidak boleh sekali-kali berbantah didalam haji, dan apa-apa kebaikan yang kamu buat diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu mengambil bekal  kerana sebaik-baik  bekalan itu ialah bakti dan hendaklah kamu berbakti kepada ku, Hai orang-orang yang berfikiran !.
198. Tidak mengapa kamu mencari rezeki dari Tuhan kamu, maka apabila kamu berduyun-duyun berpisah dari (gunung) arafah, hendaklah kamu menyebut Allah (satu tempat tanda mulia) dan hendaklah kamu sebut dia sebagaimana ia telah pimpin kamu, dan sesungguhnya dahulu dari itu adalah kamu sebahagian daripada orang-orang yang sesat.
199. Kemudian, hendaklah kamu turun dari nikmat yang orang-orang turun, dan hendaklah kamu minta ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya  Allah itu pengampun, penyayang.
200. Maka apabila kamu selesaikan ibadat-ibadat haji kamu, hendaklah kamu menyebut-nyebut Allah sebagaimana kamu menyebut-nyebut bapa-bapa kamu, atau (dengan) sebutan yang lebih (daripada itu). Maka dari antara orang-orang itu ada yang berkata; “hai Tuhan kami ! berilah kepada kami (kebaikan) dunia” pada hal tidak ada baginya bahagian (baik) diakhirat.


201. “Hai Tuhan kami ! berilah kepada kami (kehidupan) yang baik didunia (kehidupan) yang baik diakhirat, dan piliharakan lah kami daripada seksaan neraka”
202. Mereka itu akan dapat bahagian yang baik dari apa yang mereka telah kerjakan, dan Allah itu pengira yang cepat.
203. Dan sebutlah Allah dalam beberapa hari yang ditentukan, maka barang siapa terburu-buru didalam dua hari, tidak ada dosa atasnya, dan barang siapa terkemudian, tidak ada (juga) dosa atasnya, (iaitu) bagi orang yang pelihara (daripada kejahatan) dan hendaklah kamu takut kepada Allah, dan ketahuilah bahawa kepada nya lah kamu akan dikumpulkan.
204. Dan dari antara manusia ada orang yang perkataan nya dalam (hal) kehidupan dunia membikin mu senang dan ia menjadikan Allah saksi atas apa yang ada dihari nya, pada hal ia itu sejahat-jahat musuh.
205. Kerana apabila is berpisah, berjalan ia dibumi untuk membikin kerosakan padanya dan (untuk) membinasakan tanaman dan ternakan, pada hal Allah tidak suka kepada kerosakan.
206. Dan apabila dikatakan kepadanya; “takutlah kepada Allah”, dibawalah dia oleh kesombongan nya kepada  (berbuat) dosa. Lantaran itu cukuplah untuk dia dijahanam, dan sesungguhnya alangkah jelek tempat ketetapan itu !.
207. Dan dari antara manusia ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keredaan Allah, dan Allah itu amat penyayang akan hamba-hamba nya.
208. Hai orang-orang yang beriman ! masuklah kamu sekelian kedalam keselamatan, dan janganlah kamu turut langkah-lahngah syaitan, kerana sesungguhnya ia  itu musuh kamu yang nyata.
209. Maka kalau kamu tergelincir, sesudah datang keterangan-keerangan kepada kamu, hendaklah kamu ketahui  bahawa se nya Allah itu gagah, bijaksakna.
210. Bukankah mereka itu tidak menunggu-nunggu melainkan kedatangan (azab) Allah bersama melaikat, d(bawah) naung mega-mega, pada hal telah diputuskan perkara itu dan kepada Allah lah dikembalikan sekelian urusan ?


211.  Tanyalah bani Israel, berapakah keterangan nyata yang kami telah berikan kepada mereka ? dari barang siapa menukar nikmat Allah sesudah datang (keterangan) kepadanya, maka sesungguhnya Allah itu sangat pedih seksaan nya.
212.  Dihiaskan kehidupan dunia bagi orang-orang yang kafir dan mereka menghina orang-orang yang beriman, pada hal orang-orang yang berbakti itu lebih mulia daripada mereka pada hari khiamat, dan Allah itu memberi dengan tidak berhitung kepada yang ia kehendaki.
213.  Adalah manusia itu satu umat yang tunggak, (lalu berselisehan) maka Allah bangkitkan nabi-nabi sebagai pengemar-pengemar dan pengancam-pengancam dan berserta mereka ia turun  kitab-kitab dengan (membawa) kebenaran,  sampai (kitab itu) memberi keputusan antara manusia ditentang apa yang mereka berselisehan dan tidak berselisehan  d(kitag-kitab) itu (pula) melainkan (ketua-ketua) dari orang-orang yang diberi (kitab-kitab)itu, sesudah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan, kerana kedengkian diantara mereka itu. Tetapi Allah unjuk kan jalan yang lurus, dengan pertolongan nya, bagi orang-orang yang beriman ditentang kebenaran yang orang-orang (derhaka) itu berselisihan dan Allah itu memimpin orang yang ia kehendaki kejalan yang lurus.

214. Atau apakah kamu sengka, bahawa kamu akan masuk syurga, sedang belum datang kepada kamu (keadaan) seperti mereka yang telah lalu dahulu daripada kamu, pada hal mereka itu kena kesusahan (harta benda) dan kecelakaan (badan), dan digoncang akan mereka itu, sehingga Rasul (waktu itu) dan orang-orang beriman yang bersertanya, bertanya; “bilakah (datang) pertolongan Allah?” (dijawab) “ketahuilah bahawa se nya pertolongan Allah itu dekat”.
215. Mereka akan bertanya  kepada  mu bagaimana mereka (Musa) membelanjakan. Katakan lah; “apa-apa kebaikan yang kamu belanjakan, maka (hendaklah ada) untuk ibu bapa dan keluarga yang hampir, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang pelarian dan apa kebaikan yang kamu kerjakan, maka sesungguh nya Allah itu amat mengetahui akan dia.
216. Diwajibkan kamu berperang, pada hal ia itu satu kebencian bagi kamu, sedang boleh jadi kamu  benci kepada sesuatu, pada hal ia itu satu kebaikan bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu, pada hal ia itu tidak baik bagi kamu, dan Allah itu mengetahui dan kamu itu tidak mengetahui.
217. Mereka akan bertanya kepada mu dari hal bulan  yang mulia, (yakni dari hal) berperang d(bulan)  itu. Katakan; “bahawa (memulai) peperangan d(bulan) itu (dosa) besar, tetapi  menjauhkan (manusia) daripada jalan Allah, dan kufur kepadanya, dan (menjauhkan manusia daripada) masjid yang mulia, dan mengeluarkan penduduknya dari situ, (adalah) terlebih besar (dosanya) pada pandangan Allah, dan fitnah itu adalah lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan dan mereka itu tetap akan memerangi kamu, hingga (dapat) mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika  mereka bisa, dan barang siapa dari antara kamu berpaling daripada agamanya, lalu ia mati, pada hal ia (tetap) kafir, maka gugurlah amal-amal mereka didunia dan akhirat dan mereka itu ialah ahli neraka yang mereka (akan) kekal didalam nya.
218. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berkerja keras dijalan Allah, mereka itu (orang yang) berharap rahmat Allah, dan Allah itu pengampun, penyayang.
219. Mereka akan bertanya kepada mu, darihal arak dan judi. Katakan; “(bahawa) di dua perkara itu adalah dosa yang besar dan ada beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaat keduanya”,  dan mereka akan bertanya kepada mu apa yang mereka mesti belanjakan.  Katalah; “selebih dari perlu ayat-ayat nya supaya kamu berfikir.
220. d(urusan) dunia dan akhirat, dan mereka akan bertanya kepada mu dari hal (mengurus)  anak yatim. Katakan lah; “(bahawa)  atur beres (urusan) mereka ada lebih baik, dan jika kamu bercampur (urusan) dengan mereka, maka mereka itu saudara-saudara kamu, dan Allah mengetahui orang-orang berbuat jahat daripada orang berbuat baik, dan jika Allah kehendaki, nescaya ia beratkan kamu,  kerana sesungguhnya Allah itu gagah, bijaksana”.


221. Dan janganlah kamu berkhawin kepada perempuan-perempuan musrik hingga mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih  baik daripada seorang perempuan yang musrik, walau pun (kebagusannya) mengemarkan kamu, dan janganlah kamu khawinkan (perempuan dari kamu) kepada orang-orang musrik, hingga mereka beriman, dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman itu lebih baik daripada seorang lelaki-lelaki yang musrik, walau pun (kebagusannya) mengemarkan kamu. Mereka itu mengajak kamu keneraka, dan Allah mengajak kamu kesyurga dan kepada keampunan dengan pertolongan nya, dan ia terangkan perintah-perintah nya kepada  manusia supaya mereka ingat.
222. Dan mereka akan bertanya kepada mu dari hal (hukum) haid, katakan; “ia itu kemudaratan, oleh sebab itu hendaklah kamu berjauhan diri daripada perempuan-perempuan d(waktu) haid, dan janganlah kamu hampiri mereka hingga mereka bersih, maka apabila mereka telah bersuci, bolehlah kamu hampiri mereka sebagaimana Allah perintah kamu, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat, dan ia suka kepada orang-orang  yang bersih”.
223. Isteri-isteri kamu itu ladang kamu, oleh sebab itu, datangi lah ladang kamu sebagaimana kamu kehendaki, dan sediakan lah untuk diri kamu dan takutlkah kepada Allah dan ketahuilah bahawa se nya kamu akan menghadap dia, dan  girangkan lah orang-orang yang beriman.
224. Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah itu satu sasaran bagi sumpah-sumpah kamu (yang menghalangi) kamu berbuat kebaikan dan berbakti dan berbuat perdamaian antara manusia, dan Allah itu pendengar, pengetahui.
225. Allah tidak masukkan perhitungan kamu apa yang sia-sia didalam sumpah-sumpah kamu tetapi ia masukkan perhitungan kamu apa yang dikerjakan oleh hati-hati kamu, dan Allah itu pengampun, penyabar.
226. Orang-orang yang bersumpah hendak berjauhan diri daripada isteri-isteri nya itu, boleh tunggu (paling lama) empat bulan, sesudah itu kalau mereka kembali, maka Allah itu pengampun penyayang.
227. Dan jika mereka mahu talak, maka sesungguhnya Allah itu pendengar, pengetahui.
228. Dan perempuan-perempuan  yang ditalak itu (wajib) menahan diri mereka (selama) tiga kali bersih (daripada haid), dan tidak halal mereka menyembunyikan apa yang telah dijadikan oleh Allah didalam kandungan-kandungan mereka, jika memang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan suami-suami mereka ada berhak menarik kembali akan mereka didalam (masa idah) itu. Jika mereka mahu berbuat damai dan perempuan itu ada mempunyai (hak) setimbang (dengan hak lelaki-lelaki) terhadap mereka dengan cara yang sopan, tetapi laki-laki ada mempunyai darjat (kekuasaan) atas perempuan-perempuan dan Allah itu gagah, bijak sana.
229. Talak itu (hanya) dua kali, sesudah itu, (hendaklah kamu) rujuk dengan sara sopan, atau (kamu) lepaskan (mereka) dengan cara yang baik, dan tidak halal kamu mengambil (kembali) sesuatu daripada (pemberian) yang kamu telah berikan kepada mereka itu, tetapi jika (lagi isteri itu) takut bahawa mereka tidak akan bisa (lagi)  memilihara batas-batas Allah, lantas kamu (pun) takut bahawa mereka tidak akan bisa memilihara batas-batas Allah, maka tidak ada  halangan atas mereka berdua tentang sesuatu yang isteri itu kasi buat menebus diri, yang demikian itu batas-batas Allah, maka janganlah kamu  lamar dia, dan barang siapa melanggar batas-batas Allah, maka mereka itu ialah orang-orang yang menganyayai.
230. Sesudah itu, kalau ia talak dia (lagi), maka tidaklah ia jadi halal baginya selamanya, hingga ia khawin kepada suami lain,  lantas jika (suami yang kedua) itu (pula) ceraikan dia, maka tidaklah ada halangan buat mereka berdua kembali (lagi), jika mereka rasa bahawa mereka bisa pilihara batas-batas Allah, dan yang demikian itu batas-batas  Allah, ia terangkan dia kepada kaum yang mahu mengetahui.


231. Dan apabila kamu mentalak perempuan-perempuan, lantas (hampir) sampai tempoh (idah) mereka, maka hendaklah kamu rujuk kepada mereka dengan cara yang sopan, atau kamu lepaskan mereka dengan cara yang sopan, atau kamu lepaskan mereka dengan cara yang sopan, dan janganlah kamu rujuk kepada mereka  dengan maksud hendak menyusahkan (mereka), kerana (dengan itu)  kamu  akan melanggar (batas-batas Allah), dan barang siapa berbuat demikian, maka sesungguhnya (bererti) ia menganyayai dirinya (sendiri), dan perintah-perintah Allah itu janganlah kamu jadikan permainan, dan hendaklah kamu ingat nikmat (pemberian) Allah atas kamu, dan (ingatlah)apa yang ia turunkan atas kamu, iaitu kitab (al-Quran) dan kebijaksanaan yang ia nasihati kamu dengan itu, dan hendaklah kamu berbakti kepada Allah, dan hendaklah kamu ketahui, bahawa sesungguhnya Allah itu mengetahui tiap-tiap sesuatu.
232. Dan apabila kamu mentalak perempuan-perempuan, lantas mereka sampai kepada idah mereka, maka janganlah kamu halangi  mereka bernikah kepada (bakal) laki-laki mereka, apabila mereka telah setuju diantara mereka dengan cara yang sopan, yang demikian itu dijadikan nasihat bagi orang yang diantara kamu yang percaya kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih untung bagi kamu dan lebih  bersih, dan Allah itu mengetahui, tetapi kamu tidak mengetahui.
233. Dan ibu-ibu itu (wajib) menyusui anak-anak mereka dua tahun yang sempurna, (iaitu) bagi orang yang mahu menyempurnakan penyusuan itu, tetapi (wajib) atas lelaki-lelaki yang punya anak, memberi makanan dan pakaian bagi ibu itu dengan cara yang patut, tidak diberatkan seseorang melainkan (menurut) kelapangan nya, (dan) janganlah disusahkan seorang ibu lantaran anaknya, dan jangan (disusahkan) seorang bapa lantaran anaknya, dan (kewajipan) atas waris (bagi bapa) itu sama dengan yang (tersebut), tetapi jika mereka berdua mahu putuskan penyusuan dengan reda dan mesyuarat antara mereka berdua, maka tidaklah  ada halangan atas mereka (ditentang itu) dan jika kamu mahu mencari (perempuan) untuk menyusui anak-anak kamu, maka tidaklah ada halangan atas kamu, apabila kamu serahkan(upah) yang kamu beri, dengan cara yang patut, dan berbaktilah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa se nya Allah itu amat melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
234. Dan orang-orang yang meninggal dunia dari antara kamu, pada hal mereka meninggalkan isteri-isteri, (hendaklah) isteri-isteri  itu menahan diri-diri mereka (beridah) empat bulan sepuluh hari, sesudah itu, apabila mereka sampai kepada tempoh (idah) mereka, maka tidaklah (patut) ada keberatan atas kemu tentang apa yang mereka kerjakan di diri-diri mereka dengan cara yang sopan, dan Allah itu amat mengetahui apa-apa yang kamu buat.
235. Dan tidak ada larangan atas kamu tentang peminangan yang kamu sindirkan kepada perempuan itu, atau (tentang maksud yang) kamu simpan didalam hati-hati kamu, Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat perempuan-perempuan itu, tetapi janganlah kamu berjanji kepada mereka itu didalam rashia, melainkan (boleh) kamu berkata perkataan yang sopan, dan janganlah kamu tentukan ikatan nikah, hingga kewajipan (idah) itu sampai tempohnya, dan ketahuilah bahawa se nya Allah itu mengetahui apa-apa yang dihati-hati kamu, lantaran itu, takutlah kepada nya, dan ketahuilah, bahawa se nya Allah itu pengampun, penyabar.
236. Tidak ada tangungan atas kamu kalau kamu ceraikan isteri-isteri sebelum kamu sentoh mereka, atau (sebelum kamu tentukan satu ketentuan (mas khawin) untuk mereka, tetapi hendaklah kamu bekalkan bagi mereka satu bekalan dengan cara yang patut, (iaitu)  orang yang berkelapangan, menurut ukurannya, dan orang yang berkesempitan, menurut ukuran nya, (iaitu)  sesungguhnya satu perkara yang patut atas orang-orang yang (hendak) berbuat kebaikan.
237. Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka, pada hal kamu telah tentukan bagi mereka satu ketentuan (mas khawih), maka wajib kamu  bayar  separuh dari apa  yang kamu telah tentukan,  kecuali kalau perempuan-perempuan itu (suka) lepaskan (haknya), atau orang yang memegang simpulan pernikahan itu (suka memberi cukup), tetapi bahawa kamu memberi (cukup) itu ada terlebih hampir kepada kebaktian dan janganlah kamu lupakan kebaikan (pergaulan) antara (keluarga) kamu, sesungguhnya Allah amat melihat apa yang kamu kerjakan.
238. Kerjakan lah dengan tetap akan sembahyang-sembahyang dan akan sembahyang yang terlebih penting, dan hendaklah kamu berdiri kerana Allah dengan khusuk.
239. Tetapi jika kamu takut, maka (kerjakan lah) dengan berjalan atau berkenderaan, lantas apabila kamu telah aman, maka sebutlah akan Allah sebagaimana ia telah ajarkan kamu apa yang kamu tidak tahu.
240. Dan orang-orang yang meninggal dunia dari antara kamu, pada hal ada meninggalkan isteri-isteri mereka itu, (iaitu) kasi bekalan hingga setahun, dengan tidak keluarkan (mereka) tetapi jika mereka keluar (sendiri), maka tidaklah ada kesalahan atas kamu tentang apa yang mereka kerjakan didiri-diri mereka, dari (perkara) yang sopan, dan Allah itu gagah, bijaksana.


241. Dan perempuan-perempuan yang ditalak itu (wajib mendapat) bekalan (nafkah) dengan  cara  yang patut, (iaitu) satu kewajipan atas orang-orang yang (mahu) berbakti. 
242. Bagitulah Allah menerangkan hukum-hukum nya kepada kamu supaya kamu mengerti.
243. Tidakkah engkau fikirkan mereka yang keluar dari kampung-kampung mereka, kerana takut mati, pada hal mereka beribu-ribu ? Lantaran itu, Allah brkata kepada mereka itu; “matilah kamu”.  Kemudian, ia hendak kan mereka, sesungguh nya Allah itu mempunyai budi atas manusia tetapi kebanyakan manusia tidak menerima kasih.
244. Dan hendaklah kamu perangi (musuh-musuh itu)  dijalan Allah, dan ketahuilah, bahawa se nya Allah itu amat mendengar, amat mengetahui.
245. Siapakah dari orang yang mahu meminjamkan kepada Allah, satu pinjaman yang baik, supaya ia gandakan (pembayaran) itu baginya  dengan beberapa banyak ganda-ganda kerana Allah itu menyampaikan (rezeki) dan meluaskan, dan kepadanya lah akan dikembalikan kamu.
246. Tidak kah engkau fikirkan (hal) ketua-ketua dari bani israel sesudah (waktu) Musa, tetakala mereka berkata kepada seorang Nabi mereka; “lantik kan lah seorang raja untuk kami, supaya kami berperang dijalan Allah”, ia jawab; “apakah tidak bisa jadi  -- kalau diwajibkan kamu berperang – bahawa kamu tidak akan berperang?”, mereka jawab; ”mengapa kamu tidak mahu berperang dijalan Allah, pada hal kami telah dahulu keluar dari kampung kami dan (dari) anak-anak kami?”  tetapi tetekala diwajibkan atas mereka berperang, berpalinglah mereka, kecuali  sedikit daripada mereka, dan Allah itu amat mengetahui akan orang-orang yang menganyayai.
247. Dan Nabi mereka telah berkata kepada mereka; “bahawa se nya Allah telah bangkitkan talud sebagai raja bagi kamu. Mereka berkata; “adakah (patut) ia berkuasa atas kami, pada hal kami lebih patut berkuasa daripadanya, sedang ia tidak mempunyai keluasan dari harta ?” ia jawab; “sesungguhnya Allah telah pilih dia (sebagai raja) atas kamu, dan ia telah tambah keluasan nya ditentang ilmu dan benda, dan Allah itu memberi kerajaan nya kepada sesiapa yang ia kehendaki, dan Allah itu luas (pemberian nya), mengetahui.
248. Dan telah berkata Nabi mereka; “bahawaa se nya tanda kerajaan nya itu, yang didalam nya ada (perkara) yang memuaskan hati dari Tuhan kamu, dan (berisi) sisa dari apa yang ditinggalkan oleh keluarga Musa dan keluarga Harun, yang dibawah oleh Melaikat sesungguhnya didalam (hal) yang demikian itu ada tanda (keterangan nya) bagi kamu, jika memang kamu itu orang-orang yang beriman”.
249. Maka tetakala talut berangkat bersama tenteranya, ia berkata; “sesungguhnya Allah akan memberi percubaan kepada kamu dengan satu sungai, maka barang siapa minum (air) daripadanya, bukanlah ia dari (golongan) ku,  dan barang siapa tidak merasai dia, maka ia dari (golongan) ku,  kecuali orang yang menceduk satu chedukan dengan tangan nya, tetapi mereka minum daripadanya, kecuali sedikit dari mereka. Maka tetakala (talut) dan orang-orang beriman bersama dia telah menyeberang (sungai) itu, (sebahagian dari) mereka berkata; “sesungguhnya  kami (rasa) tak kuat sekarang berperang kami (rasa) tak kuat sekarang (berperang) dengan jalut dan tenteranya”.  Orang-orang yang percaya akan menghadap (balas) Allah itu berkata; “ada beberapa banyak golongan yang sedikit pernah mengalah kan golongan yang banyak dengan izin Allah, kerana Allah itu berserta orang-orang yang sabar”.
250. Dan tetakala mereka dzahir (dimedan) buat (menghadap) jalut dan tentera nya, berkatalah mereka; “Hai Tuhan kami ! tuangkan lah kesabaran atas kami, dan tetapkan lah kaki-kaki kami, dan tolonglah kami atas (mengalahkan) kaum yang kafir itu”.


251. Oleh sebab itu, dapatlah mereka ini kalahkan mereka itu dengan izin (pertolongan) Allah, dan Daud  (pun) dapat  jalut, dan Allah beri kepada nya kerajaan dan kebijaksaknaan, dan ia ajar dia apa yang ia kehendaki, dan sekiranya Allah tidak menjaguhkan manusia sebahagian nya dengan sebahagian, nescaya rosak bumi ini, tetapi Allah itu mempunyai kurnia atas sekelian alam.
252. Yang  demikian itu tanda-tanda (kekuasaan) Allah, kami  ceritakan dia kepada mu dengan benar, dan sesungguhnya engkau (adalah seorang) daripada mereka yang diutuskan. 


[Previous Juzuk][Next Juzuk][Previous Ulasan][Next Ulasan] [Home]




Via,
kawankuresourcesy@yahoo.com
(recovery; kawankuresourcesy@yahoo.com)
(recover; N43.NGO@outlook.my)
(recover; rayyan.beautysoap@mail.com)